TIDAK lama dahulu, telah tular di pelbagai media sosial gambar-gambar Jalur Gemilang yang dikibarkan secara terbalik di pelbagai lokasi di seluruh negara. Ketika itu, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia bangkit membantah tindakan tersebut yang secara jelas membawa maksud penghinaan terhadap Jalur Gemilang serta menggesa tindakan tegas diambil ke atas mereka yang melakukannya. Malah berbagai teori and andaian telah dibuat mengenai perkara ini, dan masing-masing memberikan pendapat mereka tentang maksud di…










