HANNA duduk bersila di atas sejadah selepas selesai solat Isyak. Tangannya masih memegang surah Yasin yang baru habis dibaca. Dia kemudian memejamkan matanya. Sayup-sayup telinganya terdengar suara lemah Danny. “Mama kena kuat…jangan lupa sembahyang… percaya tuhan… pasti ada keajaiban jika mama banyak sembahyang dan puasa.. kalau Danny tak jumpa mama lagi di sini kita akan jumpa di syurga.” Air mata Hanna mengalir deras dan dia memejam mata dan segera menekup…










