KUALA LUMPUR 3 Sept.- Kempen mengutamakan produk keluaran bumiputera yang giat dijalankan mampu mencetuskan provokasi dan mewujudkan jurang perkauman dalam kalangan masyarakat di negara ini. Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, skop bidang perusahaan juga akan menjadi terhad sekiranya kempen boikot bukan Islam dilaksanakan dan menyebabkan perusahaan perniagaan mereka menjadi lembap. Sehubungan itu katanya, kempen itu perlu dihentikan kerana akan memberi kesan negatif kepada perkembangan ekonomi dalam…










