KOTA KINABALU 24 Sept. – Pewujudan kem tentera berskala besar perlu di kawasan strategik di Lahad Datu dalam menangani jenayah rentas sempadan di perairan khususnya penculikan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, kerajaan negeri telah mengemukakan cadangan itu kepada kerajaan persekutuan dan sehingga kini belum lagi direalisasikan. “Kita sudah banyak kali cakap (suarakan) cadangan itu kepada kerajaan persekutuan untuk menempatkan sumber (kem tentera) di tempat yang diperlukan…










