PUTRAJAYA – Kelab Media Putrajaya (KMP) hari ini tampil menghulurkan sumbangan berupa wang tunai kepada kakitangan Utusan Malaysia dan Kosmo! biro Putrajaya. Sumbangan itu disampaikan oleh Pemangku Presiden KMP, Mohd. Yusof Shaari kepada lapan petugas Utusan Malaysia dan Kosmo! yang diketuai oleh Ketua Biro Utusan Malaysia Putrajaya, Yulpisman Asli dan Penolong Ketua Biro Kosmo! Putrajaya, Nor Idayu Bosto. Menurut Mohd. Yusof, pihaknya terpanggil untuk menyalurkan sumbangan itu yang merupakan satu…










