BANGKOK 21 Sept. – Berkemeja-T sambil memegang beg sampah, petugas Kedutaan Malaysia di Bangkok menelusuri jalan-jalan berhampiran sungai Chao Phraya, mengutip sampah bagi membantu menjaga kebersihan bandar. Ada yang menaiki bot bersama-sama sukarelawan lain untuk mengumpul sisa pepejal yang terapung di sepanjang sungai. Bersempena aktiviti Bersihkan Dunia – Sungai Bangkok 2019, kira-kira 40 petugas kedutaan Malaysia menyertai sukarelawan lain dan wakil dari hotel, perniagaan, dan kedutaan dalam kempen tahunan itu.…










