JERMAN 4 Sept. – Polis menyerbu kediaman bekas pertahanan Jerman, Christoph Metzelder selepas disyaki terbabit menyebarkan bahan pornografi kanak-kanak, lapor media tempatan. Pendakwaraya di Hamburg mengesahkan terdapat siasatan terhadap Metzelder seperti yang dilaporkan oleh media Jerman, Bild. Metzelder ketika ini sedang mengikuti kursus kejurulatihan di sekolah sukan terkemuka di Hennef dekat Rhine. – AGENSI










