KUALA PILAH 2 Sept. – Sebuah kedai serbaneka di Jalan Tung Yen di pekan Kuala Pilah di sini terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 9.20 malam tadi. Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Eva Saifun Kamuni berkata, kebakaran itu melibatkan tingkat bawah premis tersebut. “Sebanyak 40 peratus daripada kedai tersebut terbakar, namun tiada mangsa terlibat. “Kebakaran dapat dikawal daripada merebak ke tingkat atas dan bangunan bersebelahan,” katanya ketika dihubungi…










