ALOR SETAR 28 Sept.- Kelulusan permohonan lesen kelab kebangsaan yang diperoleh Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) serta layak menerima lesen kelab Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) akan menyuntik semangat pasukan Kedah, untuk meraih lebih banyak kejayaan pada musim 2020. Setiausaha Kehormat KFA Mohd. Asmirul Anuar Aris berkata berita gembira itu tepat pada masanya, ketika skuad Lang Merah mengharungi suku akhir kedua Piala Malaysia bertemu dengan PKNP FC di Stadium Darul…










