SAYA ingin membuat aduan tentang keadaan kemudahan asas tidak memuaskan di Hutan Lipur Lentang, Bentong, Pahang. Saya sudah beberapa tahun tidak berkunjung ke situ. Baru-baru ini saya singgah dan dikenakan bayaran masuk sebanyak RM3. Saya mendapati kemudahan asasnya sudah usang dan patut diganti. Antaranya atap surau rosak dan beberapa bahagian turut runtuh. Saya tidak pasti kenapa atap berkenaan tidak diperbaiki sehingga menyebabkan pengunjung terpaksa bersembahyang di tempat terbuka bersebelahan surau?…










