Merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, individu dan pemimpin yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan palsu dan berbaur hasutan perlu dikenakan tindakan undang-undang dengan segera. Bukan sahaja suspek utama, malah Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas wajar meletakkan jawatan kerana memfailkan afidavit bahawa arwah tidak bunuh dan hal ini secara tidak langsung mencemarkan nama baik institusi perundangan Malaysia. Kedua, Exco DAP Selangor, V. Ganabatirau adalah contoh…










