sEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Ke-62 baru-baru ini, pusat beli-belah the Curve dan eCurve turut menyemarakkan lagi semangat patriotisme dengan penuh riang ria. The Curve menganjurkan pelbagai aktiviti mesra keluarga untuk pengunjung pada 31 Ogos hingga 1 September lalu. Kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti lukisan muka dan bengkel batik, pin roda bunga serta boneka patung merdeka. Orang ramai juga berpeluang mengunjungi stesen menghias biskut bertemakan merdeka manakala pengunjung cilik pula dihiburkan dengan…










