BATU GAJAH – Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut lemas selepas terjatuh ke dalam lombong di tempat ibunya bekerja di sebuah resort di Tanjung Tualang di sini semalam. Dalam kejadian kira-kira pada pukul 6 petang itu, difahamkan mangsa, Mohd. Zafran Akhasa Mazlan terjatuh ke dalam lombong selepas bermain sendirian dan selipar dipakainya ditemui terapung di dalam lombong berkenaan. Pegawai Operasi Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,…










