KUALA LUMPUR 20 Sept. – Keputusan kerajaan untuk melaksanakan penggunaan kamera badan pada pegawai penguat kuasa seperti polis, kastam dan imigresen disifatkan sebagai tindakan yang tidak mempunyai harga diri dan bermaruah. Sambil menyelar keputusan tersebut, Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim berkata, kerajaan tidak patut memperlakukan pasukan keselamatan sebagai penjenayah atau robot yang tidak boleh dipercayai. “Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seluruh anggota Kabinet kerajaan Pakatan Harapan…










