KUALA LUMPUR 18 Sept. – Keputusan seri 1-1 dengan Sabah di Stadium Likas hari ini sudah memadai untuk membolehkan juara bertahan, Perak mengesahkan tiket suku akhir Piala Malaysia 2019 apabila menamatkan Kumpulan C selaku naib juara di belakang Pahang. Keputusan seri itu membolehkan Perak mengumpul sembilan mata daripada enam perlawanan, enam mata di belakang Pahang yang menumpaskan Pulau Pinang 2-0 dalam satu lagi perlawanan. Penyerang kelahiran Brazil, Ronaldo Henrique Silva…










