KUALA LUMPUR 3 Sept. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menubuhkan satu Task Force hari ini bagi menyelesaikan isu ketirisan kutipan hasil Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang berleluasa di negara ini. Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan JPJ, isu ketirisan tersebut melibatkan urusniaga pembaharuan LKM Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi yang dimanipulasikan pihak tidak bertanggung jawab untuk kegunaan di kawasan Semenanjung Malaysia. Tambahnya, objektif Task Force ini adalah bagi mewujudkan mekanisme yang…










