KUCHING 19 Julai – Semua pengangkutan air di laut dan sungai di seluruh Sarawak masih beroperasi seperti biasa, walaupun keadaan jerebu di beberapa kawasan berada pada tahap sangat tidak sihat. Bercakap kepada Bernama, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Robert Teh berkata, walaupun keadaan penglihatan terhad, tetapi ia belum sampai ke tahap menjejaskan operasi. “Buat masa ini tidak laporan lagi diterima kami, kami sentiasa berhubung dengan pihak Jabatan Laut…










