Empat remaja lemas di England ketika gelombang haba

Empat remaja lemas di England ketika gelombang haba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Empat remaja dilaporkan lemas di tasik di England sejak Ahad lalu ketika negara itu dilanda gelombang haba, menurut polis.

Kesemua kanak-kanak usia sekolah itu lemas sepanjang hujung minggu yang panjang termasuk cuti umum pada Isnin, ketika suhu meningkat ke paras hampir memecah rekod berhampiran London minggu ini.

Di Lincolnshire, timur laut England, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun lemas pada Ahad, menurut polis.

Bapa kepada mangsa, dikenali sebagai Declan Sawyer, memberi amaran kepada keluarga lain mengenai bahaya kanak-kanak ‘bermain berhampiran sungai dan tasik ketika cuaca panas’.

Seorang remaja perempuan disahkan meninggal dunia selepas ditarik keluar daripada air pada petang Isnin di sebuah taman air di Warwickshire, tengah England, kata polis.

Di Yorkshire, timur laut England, seorang lagi remaja lelaki lemas di sebuah takungan air pada Isnin, manakala mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia 13 tahun ditemukan awal pagi Selasa di sebuah taman desa, menurut polis.- AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN