BESUT: Seorang guru lelaki yang dipercayai melakukan salah laku seksual terhadap pelajarnya di daerah ini ditahan reman dua hari sehingga esok.
Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Nurliyana Md. Zukri bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen Sekyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Terdahulu, guru lelaki berusia 42 tahun itu dilaporkan ditahan polis di rumah keluarganya di sini, petang semalam. – UTUSAN










