994 kes tatatertib, 77 pegawai dipecat Imigresen sejak 2022

994 kes tatatertib, 77 pegawai dipecat Imigresen sejak 2022

ZAKARIA Shaaban pernah mengadakan lawatan ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor dalam usaha memperkukuh kepercayaan rakyat dan memperkasa imej JIM sebagai agensi hadapan negara yang cekap dan berintegriti. - FACEBOOK JIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Sebanyak 994 kes tatatertib membabitkan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) direkodkan sejak 2022 hingga hari ini dengan 77 daripadanya dikenakan tindakan buang kerja.

Ketua Pengarah Imigresen, Zakaria Shaaban berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 23 kes telah diselesaikan tahun ini termasuk membabitkan lapan pegawai yang diberhentikan kerja.

Beliau berkata, tindakan tegas itu diambil bagi memperkasakan integriti serta membendung salah laku dalam kalangan
warga jabatan berkenaan.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar integriti dan terbabit dalam salah laku.

“Saya tidak kira dari peringkat mana, kita akan mengambil tindakan berdasarkan bukti-bukti yang ada untuk kita teruskan dengan kes tatatertib,” katanya dalam sidang akhbar Program Jelajah Wira MADANI Semarak Aidiladha JIM Tahun 2026 di Depot Imigresen Sementara Millennium, di sini, hari ini.

Antara kesalahan dikenal pasti termasuk melanggar prosedur operasi standard (SOP), tidak mematuhi peraturan tugas, meluluskan urusan di luar bidang kuasa dan kes counter setting dan membabitkan ketidakhadiran bertugas kes lain membabitkan penyalahgunaan dadah serta membekalkan bahan terlarang kepada tahanan depot imigresen.

Zakaria berkata, semua tindakan tatatertib memerlukan bukti kukuh sebelum sebarang keputusan dan tindakan diambil kerana proses siasatan tertakluk kepada peraturan ditetapkan.

Katanya, kes tatatertib membabitkan pegawai kumpulan sokongan gred KP40 dan ke bawah di bawah Lembaga Tatatertib di bawah kuasa JIM manakala pegawai pengurusan dan profesional berada di bawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Proses tatatertib mengambil masa kerana keputusan boleh dicabar di mahkamah.

“Proses tatatertib ada peraturannya, kita tidak boleh sembarangan untuk (kenakam tindakan) kerana sebarang keputusan yang dibuat oleh Lembaga Tatatertib jabatan juga tertakluk kepada perundangan dan mereka boleh cabar di mahkamah,” katanya.

Zakaria berkata, JIM terus menghargai pegawainya yang memberi komitmen serta melaksanakan tugas dengan cemerlang, namun tindakan tegas tetap diambil terhadap mana-mana pegawai yang didapati melanggar integriti.

“Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang melanggar integriti dan melakukan salah laku. Tindakan diambil berdasarkan bukti yang ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN