KUCHING – Operasi memadam kebakaran tanah gambut di tiga lokasi di Sri Aman dibantu dron yang membuat pemetaan kawasan, sebelum operasi sepenuhnya dijalankan dengan penyertaan aset udara, Sabtu ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Khirudin Drahman berkata, pemetaan kawasan ini penting untuk tujuan merancang dan menyusun strategi pemadaman. “Ini amalan biasa kita dalam operasi, kita kerahkan dua dron semalam, kalau tak ada jerebu sebenarnya lagi bagus kita…










