MELAKA 23 Sept. – Syarikat penerbangan Melindo Air terpaksa membatalkan penerbangan dari Melaka ke Pekanbaru, Indonesia hari ini berikutan keadaan jerebu di sana. Anggota Exco Negeri bagi Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata pembatalan penerbangan itu dibuat berikutan jarak ketampakan di Lapangan Terbang Pekanbaru hanya 600 meter. “Kesemua 11 orang penumpang yang terlibat akan dipindahkan ke jadual penerbangan esok atau pilihan mereka ke hari…










