SONGKHLA 24 Sept. – Masalah jerebu rentas sempadan yang melanda selatan Thailand semakin buruk, apabila enam daerah mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini. Kualiti udara di enam wilayah yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Narathiwat, Yala, Songkhla, Satun, Trang dan Phuket pada sebelah pagi. Sehingga pukul 5 petang waktu tempatan, bacaan IPU di Yala ialah 164, Hatyai (126), Satun (116) dan Narathiwat (116), Phuket dan Trang (101).…










