MIRI 4 Sept.- Selepas seminggu masalah jerebu reda di bandar raya Miri, kejadian sama kembali berulang akibat daripada pembakaran terbuka tidak terkawal yang berlaku sejak semalam. Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, antara kawasan yang terjejas akibat jerebu pada awal pagi ini ialah di Permyjaya, Lutong, Taman Tunku dan sekitar Miri. Ujarnya, kawasan lain turut terjejas ialah perumahan Vista Perdana. “Hasil rondaan dan pemantauan pihak kita…










