BANGKOK – Ketua Pejabat Kesihatan Wilayah Phuket (PPHO) kelmarin mengeluarkan nasihat kesihatan berkaitan asap jerebu yang melanda Pulau Phuket sejak kelmarin, lapor The Phuket News. Ketua PPHO, Thanit Sermkaew mengeluarkan nasihat kesihatan tersebut pagi semalam. “Saya menyeru kepada orang ramai yang mempunyai masalah pernafasan, kanak-kanak dan orang tua untuk tidak berada di luar kediaman masing-masing,” katanya. “Saya telah berulang kali mengumumkan bahawa semua hospital kerajaan dan pusat kesihatan di Phuket…










