SHIZUOKA, Jepun 28 Sept. – Jepun mencipta sejarah tersendiri dalam kempen Ragbi Piala Dunia 2019 apabila berjaya menewaskan pasukan gergasi Ireland buat kali pertama dengan keputusan 19-12 yang menyaksikan Kenki Fukuoka menjadi perhatian sewaktu aksi Kumpulan A berkenaan. Pemain berkenaan dimasukkan beberapa jam sebelum berjaya melakukan try untuk membantu Jepun mengecewakan pasukan No.4 dunia Ireland. Dapat menewaskan Ireland bermakna laluan Jepun untuk melangkah buat kali pertama ke saingan lapan terakhir…










