KOTA BHARU – Istiadat penghormatan terakhir Almarhum Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra akan diadakan di Istana Balai Besar di sini sebelum jenazah dimakamkan di Makam Diraja Langgar di sini selepas Asar. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Nazran Muhammad berkata, orang kenamaan, rakyat dan orang awam boleh menziarah bermula pukul 2 hingga pukul 4 petang ini di Istana Balai Besar di sini. “Pakaian untuk mengunjung ziarah bagi orang kenamaan…










