IPOH 23 Sept. – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak kini sedang melakukan persediaan sekali gus mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi peralihan Monsun Timur Laut. Pengarahnya, Azmi Osman berkata, penyelenggaraan peralatan giat dilakukan termasuk kenderaan di darat serta di air bagi menghadapi sebarang kemungkinan termasuk bencana banjir. “Sebanyak 1,400 anggota bomba di Perak juga diberikan penekanan latihan termasuk prosedur operasi standard (SOP) supaya tindakan diambil terhadap sesuatu insiden adalah…










