PUTRAJAYA 27 Sept.- Islam adalah agama perdamaian dan toleransi seperti mana dijelaskan Allah di dalam al-Quran di samping dibuktikan Rasulullah melalui sejarah serta perjuangan baginda. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, malah perkara awal dilakukan Rasulullah sebaik di Madinah ialah mengadakan perjanjian dengan kaum Yahudi. Katanya, antara intipati perjanjian tersebut ialah negara Islam Madinah yang menghormati kepercayaan dan mempertahankan mereka daripada segala bentuk ancaman.…










