PUTRAJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap proses seterusnya berhubung kes kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kassim yang maut dipukul dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, sebelum ini akan dilaksanakan berteraskan prinsip keadilan. Ketua Pengarahnya, Datuk Mohammad Hamdan Wahid berkata, ini supaya individu yang bertanggungjawab terhadap kematian Muhammad Adib dibawa ke muka pengadilan. Beliau pada masa sama turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua…










