JAKARTA 19 Sept. – Indonesia menghantar balik ratusan kontena mengandungi bahan buangan tercemar ke Barat berikutan barangan plastik untuk kitar semula yang dihantar ditemukan bahan berbahaya berkenaan. Menurut pihak kastam Indonesia, antara lebih 2,000 kontena diperiksa pada empat pelabuhan dari Julai hingga pertengahan September, hampir 550 mengandungi bahan berbahaya atau sisa bukan plastik. Lebih 300 kontena sudah pun tiba dihantar balik ke negara asal. Australia menjadi sumber terbesar bahan toksik…










