APABILA meletakkan ikhlas sebagai faktor dalam mencapai kejayaan, pastinya ramai pembaca sudah pun tahu rahsia di sebalik keikhlasan dalam apa jua perbuatan. Malah, ada yang mungkin akan terus ke elemen seterusnya tanpa membaca intipati elemen ikhlas ini kerana menganggap elemen tersebut telah wujud dalam minda. Namun begitu, keikhlasan bukanlah semudah itu kerana keikhlasan bukan sahaja hadir ketika kita melakukan kebaikan kepada orang lain, tetapi perlu dijelaskan dalam sanubari setiap saat…










