BIDOR 3 Sept. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan hukuman lebih berat seperti sebatan mandatori dikenakan terhadap penjenayah yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan hidupan liar di negara ini, kata Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata cadangan itu yang akan dibawa kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang merupakan inisiatif PDRM dalam membanteras isu pemburuan haram dan penyeludupan haiwan liar di negara ini. “Pihak polis turut menggerakkan elemen-elemen di…










