GEORGE TOWN 28 Sept. – Kerajaan berharap hospital swasta akan mengurangkan bayaran kos rawatan mereka bagi memastikan kadar bayaran yang dikenakan berada dalam ruang lingkup kemampuan para pesakit, selepas cukai perkhidmatan diketepikan kerajaan. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, oleh kerana kerajaan semasa tidak mengenakan cukai perkhidmatan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di hospital swasta, beliau berharap pusat-pusat rawatan swasta dapat mengurangkan kos rawatan mereka. “Kerajaan sebelum ini mengenakan enam…










