PUTRAJAYA 27 Sept. – Setiap individu perlu menghayati nilai kasih sayang dan saling menghormati sesama manusia seperti mana yang digariskan dalam konsep Rahmatan Lil Alamin, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. Beliau berkata, walaupun setiap individu bergaul dengan orang yang berbeza agama, namun kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan rakyat di Malaysia. Beliau berkata, kepelbagaian adalah sunnatullah dalam penciptaan makhluk manakala memuliakan manusia atas sifat kemanusiaan…










