KUANTAN 19 Sept. – Hanya dua kedai mamak yang beroperasi di negeri ini mempunyai sijil halal Malaysia iaitu Restoren Taj Makmur Jalan Tun Ismail dan Nasi Vanggey Jalan Teluk Sisek di sini. Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, pemilikan sijil halal penting bagi memastikan kualiti penyediaan makanan termasuk kandungan dalam makanan digunakan itu adalah bersih, selamat dan semestinya mengikut syarak. Kata beliau, pihaknya…










