KUANTAN – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mengesahkan hanya dua restoran mamak di negeri ini memegang sijil halal, dengan kedua-duanya beroperasi di daerah ini. Timbalan Pengarah JAIP, Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, mereka berhasrat mahu meningkatkan kesedaran memiliki sijil halal kepada pengusaha restoran mamak dan kedai lain secara amnya, menerusi kempen dan kaedah turun padang. Katanya, keengganan pengusaha memohon sijil itu berkemungkinan kerana perniagaan menerima ramai pelanggan sehingga tidak…










