LUMUT 28 Sept. – Hampir 30,000 pengunjung hadir hari pertama Karnival Hari Terbuka Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2019 yang julung kali diadakan di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut di setakat tengah hari ini. Pelbagai aktiviti dan demonstrasi daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan TLDM diadakan pada karnival dua hari bermula hari ini bersempena Hari ATM ke-86. Selain itu, terdapat 35 khemah pameran aset…










