JERANTUT – Seorang guru wanita terbunuh apabila kereta yang dinaikinya terbabas di Kilometer 18 Jalan Jerantut-Benta di sini, petang semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Nur Syairah Nadiah Samsudin, 27, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan Jeransang, Benta meninggal dunia di lokasi kejadian. Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Mazlan Hassan berkata, kereta yang dipandu oleh suami mangsa itu dalam perjalanan dari Jerantut ke Benta. “Perdoa Axia yang dinaiki mangsa…










