JOHOR BAHRU 25 Sept. – Polis menggempur sebuah gudang yang dipercayai tempat kumpulan kongsi gelap Geng24@Gee Leng Hor berkumpul termasuk bermain judi di Kulai, dekat sini awal pagi ini. Serbuan menerusi Op Cantas Selatan dari pukul 1 hingga 5 pagi itu dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman. Seramai 19 lelaki dan wanita warganegara asing…










