ISLAMABAD – Gempa bumi kuat menggegarkan timur Pakistan tengah hari tadi, mencederakan berpuluh-puluh orang dan memaksa penduduk di beberapa bandar keluar ke jalan-jalan raya untuk menyelamatkan diri, manakala saksi turut mendakwa bahawa sebuah bangunan di wilayah Kashmir diperintah Islamabad runtuh. Gempa cetek berukuran 5.8 pada skala Richter itu berpusat dekat bandar Mirpur, Kashmir, kira-kira 22 kilometer ke utara Jhelum di wilayah pertanian Punjab, demikian menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat.…










