KUALA LUMPUR – Satu gempa bumi berukuran 3.0 pada skala Richter, melanda perairan Kunak, Sabah pada pukul 11.48 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, gempa pada kedalaman 10 kilometer (km) itu dilaporkan berlaku pada jarak 26km timur Kunak, Sabah. Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. – Bernama










