KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dengan rampasan 133 kilogram dadah jenis ganja yang dianggarkan bernilai RM270,000 dalam serbuan di sekitar Lembah Klang di sini semalam. Timbalan Pengarah Narkotik (Operasi/Risikan) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Zulkifli Ali berkata, serbuan terbabit turut berjaya menahan seramai sembilan lelaki warga tempatan dalam empat serbuan berasingan. “Kesemua suspek berusia antara 18 hingga 44…










