KUALA LUMPUR 28 Sept. – Sebanyak 372,031 pemegang akaun dijangka terlibat dalam gangguan bekalan air yang dijangka bermula serta merta ekoran henti tugas sepenuhnya Loji Rawatan Air Sungai Semenyih akibat pencemaran bau. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan dan Komunikasi Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad berkata, insiden pencemaran bau dengan bacaan lima ton di sumber air mentah itu akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual berskala besar…










