KUALA TERENGGANU – Universiti baharu yang bakal dibentuk menerusi penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal memberi penekanan kepada empat tujahan berteraskan keilmuan Islam dan sains kelautan. Ketua Pengarah Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Siti Hamisah Tapsir berkata, empat tujahan tersebut merupakan fokus utama UMT dan UniSZA sebelum ini iaitu sains kelautan, pendidikan Islam, perubatan, peniagaan dan undang-undang. “Sebanyak 16 fakulti yang kini terdapat di UMT…










