LONDON 3 Sept. – Pertahanan kiri, Andy Robertson menyifatkan Liverpool tidak mampu beraksi cemerlang tanpa kehadiran penyerang, Roberto Firmino. Firmino terus cemerlang pada permulaan musim ini apabila menjadi pemain Brazil pertama meledak 50 gol ketika membantu The Reds meraih kemenangan 3-0 ke atas Burnley. Pemain berusia 27 tahun itu meledak dua gol dan melakukan dua bantuan jaringan dalam empat perlawanan dan Robertson berpandangan penyerang itu seorang yang unik. “Dengan teknik,…










