SEPANG – Bagi jurutera kapal yang perlu berlayar sekurang-kurangnya enam bulan, pastinya perasaan rindu dan ingatan terhadap keluarga di tanah air membuatkan mereka tidak dapat menyembunyikan pe;rasaan masing-masing. Inilah masalah yang sering dihadapi Pengasas Wasapower, Mohd. Khairil Izham sebelum ini ketika berkhidmat di sebuah syarikat perkapalan terbesar di Malaysia. Mengambil kira pelbagai faktor, beliau nekad berhenti kerja dan mengambil alternatif dengan terjun dalam bidang keusahawanan. Apa yang penting dirinya kini…










