KUANTAN – Dua lelaki tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan melakukan penipuan projek perlombongan bauksit yang tidak wujud melibatkan nilai RM350,000 pada tiga tahun lalu. Mengikut pertuduhan, Hamdan Hassan, 50, dan Ahmad Ghazali Deraman, 64, dituduh secara bersama mendorong ahli perniagaan, Chan Boon Hwa, 62, menyerahkan wang berjumlah RM350,000 untuk projek perlombongan bauksit yang tidak wujud pada sekitar 2016. Mereka didakwa mengikut Seksyen 420…










