JOHOR BAHRU – Dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Jalan Dedap 21, dekat Johor Jaya di sini, rosak teruk selepas dipercayai cuba diletupkan penjenayah dalam kejadian awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seri Alam, Suprintendan Ismail Dollah berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada pukul 7.17 pagi sebelum anggota polis bergegas ke lokasi kejadian. “Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati dua buah ATM…










