PUTRAJAYA 3 Sept. – Kementerian Pendidikan hari ini mengumumkan pengkaji seni budaya, Prof. Dr. Siti Zainon Ismail sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara. Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, pemilihan Siti Zainon adalah berdasarkan kepada sumbangan beliau melalui karya dan pemikiran, perkembangan sastera, impak dalam penyebaran ilmu, kepimpinan dalam persatuan sastera, impak pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa serta penghargaan dan pengiktirafan yang telah diterima. “Ramai telah…










